WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

CRISTIANO RONALDO DIKAIT BAKAL SERTAI ATLETICO MADRID

RONALDO mengambil pendekatan berdiam diri mengenai masa depannya menyebabkan dia terkait dengan banyak pasukan. – AFP


Back To Sports Updates

MADRID – Spekulasi masa depan penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo semakin rumit apabila dikaitkan dengan kepulangan semula ke Sepanyol untuk beraksi dalam saingan La Liga musim depan.

Bagaimanapun, Ronaldo dikatakan tidak akan pulang ke Santiago Bernabeu untuk menyertai Real Madrid sebaliknya dikait bakal menyarung jersi musuh setempat pasukan itu, Atletico Madrid.

Menurut laporan, wakil Ro­naldo telah mengadakan rundi­ngan bersama pengendali Atletico, Diego Simeone untuk melihat potensi perpindahan tersebut sama ada mampu direalisasikan atau sebaliknya.

Selepas meledak 311 gol dalam 292 penampilan bersama Real selain kejayaan menewaskan Atletico dalam dua aksi final Liga Juara-Juara, Ronaldo menjadi musuh nombor satu para peminat kelab itu dan perkembangan tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai.

Ronaldo mengharapkan pe­luang untuk beraksi di Liga Juara-Juara menyebabkan Atletico adalah antara pilihan yang dia miliki selepas Chelsea dan Ba­yern Munich menolak peluang mendapatkan khidmatnya.

Kelmarin, kapten Portugal itu turut dikaitkan dengan kepula­ngan ke kelab zaman remajanya, Sporting Lisbon selepas tersebarnya gambar yang memperlihatkan keretanya berada di pekarangan stadium kelab ber­kenaan.

Bagaimanapun, Ronaldo memberikan respon menyatakan bahawa berita berkenaan adalah tidak benar.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini