WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SEMANGAT PEMAIN MANCHESTER UNITED LUAR BIASA

TEN HAG bersama trofi dimenangi pasukannya selepas menewaskan Liverpool 4-0 dalam aksi pramusim di Bangkok kelmarin. – AFP


Back To Sports Updates

BANGKOK – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag melahirkan rasa kagum menyaksikan semangat tinggi yang dipamerkan barisan pemainnya ketika membenam Liverpool 4-0 pada aksi pramusim di Stadium Rajamangala kelmarin.

Walaupun Liverpool tidak menunjukkan kualiti sebenar apabila menurunkan skuad campuran dalam aksi pramusim di Thailand itu tetapi Ten Hag tetap berpuas hati memperoleh empat gol menerusi Jadon Sancho, Fred, Anthony Martial dan Facundo Pellistri.

“Saya fikir pasukan ini memiliki semangat luar biasa. Kami tahu ini adalah permulaan buat pasukan dan saya dapat lihat masih ada kesilapan serta mensia-siakan banyak peluang.

“Pemain cukup berani untuk membuktikan sesuatu. Kami memiliki pemain yang berkualiti dan sekarang kami perlu menjadikan pasukan ini lebih baik tetapi ia juga memerlukan masa.

“Liverpool belum menyerlahkan kekuatan sebenar. Apa pun saya dapat lihat banyak perkara positif dan sebenarnya kami memiliki potensi besar untuk ­menyerlah,” katanya.

Dalam aksi itu, pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp memberi peluang kepada ramai pemain muda untuk mendapatkan minit permainan berbanding United yang menurun­kan kekuatan penuh.

Begitupun, para peminat tetap gembira melihat corak permainan diterapkan Ten Hag dan memberi petanda positif untuk mengharungi aksi Liga Perdana Inggeris musim depan.

The Red Devils akan berkunjung ke Australia dan bertemu Melbourne Victory sebelum menentang dua lagi kelab England, Crystal Palace dan Aston Villa.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini