WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

STERLING SETUJU SARUNG JERSI CHELSEA

Sentuhan peribadi Tuchel dan perbualan terperinci ­me­yakinkan Sterling untuk menyer­tai Chelsea walaupun City


Back To Sports Updates

LONDON: Bintang Manchester City, Raheem Sterling bersetuju dengan syarat peribadi bagi melengkapkan perpindahan ber­nilai 45 juta pound (RM238 juta) ke Chelsea.

Bos Chelsea, Thomas Tu­chel menewaskan Real Madrid, Bayern Munich, Barcelona, ​​Paris Saint-Germain (PSG) dan Liverpool yang turut berminat mendapatkan bintang sayap England itu.

Sentuhan peribadi Tuchel dan perbualan terperinci ­me­yakinkan Sterling untuk menyer­tai Chelsea walaupun City menyatakan dengan jelas bahawa mereka mahu dia kekal.

Sterling, 27, meninggalkan City secara baik selepas me­ngadakan perbi­ncangan hati ke hati dengan pengurus pasukan, Pep ­Guardiola.

Bekas bintang Liverpool itu memaklumkan, dia mahu berpindah bagi mendapatkan lebih minit permainan dan meneruskan cita-cita peribadi memenangi trofi pemain terbaik.

Perjanjian itu akan diselesaikan dalam masa terdekat kerana kelab mahu membawa Sterling ‘terbang’ ke Amerika Syarikat (AS) bagi memulakan latihan pramusim minggu ini.

Sterling melihat perpindahan ke Stamford Bridge sebagai kontrak penting dalam kariernya kerana dia kini berada di puncak prestasi.

Menerima gaji 300,000 pound (RM1.58 juta) seminggu di City, Chelsea menawarkan syarat lebih baik kerana terdesak untuk mendapatkan pemain bertaraf bintang.

Barcelona juga cuba mendapatkan Sterling secara pinjaman, manakala Real Madrid telah berusaha keras sejak beberapa minggu lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini