WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

PEMAIN EPL BERDEPAN DAKWAAN JENAYAH

Pihak Polis Metropolitan London melepaskan pemain tersebut dengan ikat jamin dan sedang membuat siasatan terperinci mengenai dakwaan tersebut


Back To Sports Updates

LONDON – Liga Perdana Inggeris (EPL) terus dikejutkan dengan berita kurang enak selepas seorang pemain berprofil tinggi ditahan atas tuduhan rogol dalam kejadian yang berlaku bulan lalu.

Pemain tersebut yang tidak didedahkan namanya kini berdepan tiga kes berbeza selepas dua tuduhan baharu dikenakan terhadapnya, namun dia dilepaskan dengan ikat jamin sebaik disoal siasat.

Menurut kenyataan Polis Metropolitan London, mereka kini sedang melakukan siasatan terperinci berhubung dua tuduhan baharu itu yang didakwa berlaku pada April dan Jun tahun lalu.

“Pada 4 Julai, seorang wanita yang berusia lingkungan 20-an membuat laporan kepada polis berhubung kes rogol yang berlaku Jun lalu. Seorang lelaki ber­usia 29 tahun ditahan di sebuah rumah beralamat di Barnet.

“Semasa berada dalam tahanan, dia kemudian berdepan dua lagi tuduhan yang didakwa berlaku pada April dan Jun 2021 melibatkan wanita berbeza. Dia dilepaskan dengan ikat jamin sehingga Ogos nanti,” katanya.

Berdasarkan spekulasi yang tersebar, suspek yang ditahan merupakan seorang pemain yang tinggal di Utara London dan bakal mewakili pasukan negaranya pada saingan Piala Dunia nanti.

Kejadian itu bukanlah kes baharu melibatkan pemain Liga Perdana memandangkan sebelum ini pemain Manchester Uni­ted, Mason Greenwood pernah ditahan atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap teman wanitanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini