WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

GALTIER MAHU NEYMAR KEKAL DI PSG

Pengendali baharu Paris Saint-Germain Christophe Galtier mahu Neymar kekal di Parc des Princes. - Foto AGENSI


Back To Sports Updates

PARIS: Paris Saint-Germain memperkenalkan pengendali baharu mereka Christophe Galtier semalam dan pengganti Mauricio Pochettino itu menegaskan dia mahu Neymar terus bersama pasukan.

Masa depan Neymar di Paris menjadi tanda tanya sepanjang musim panas ini, tetapi Galtier berkata dia mahu Neymar kekal di Parc des Princes.

"Neymar adalah pemain kelas dunia, jurulatih mana yang tidak mahu dia berada dalam pasukan mereka?

"Sudah tentu anda perlu mempunyai keseimbangan, tetapi saya tahu apa yang saya mahukan daripadanya dan saya pasti dia mahu kekal bersama kami," kata Galtier.

Skuad gergasi Perancis itu mempunyai ramai penyerang berkualiti dan Galtier gembira dia berpeluang bekerjasama dengan Kylian Mbappe.

"Sebagai pengendali dari Perancis, saya gembira dia kekal di PSG. Ia bagus untuk bola sepak kami dan juga kelab.

"Dia salah seorang yang terbaik di dunia, tetapi kita tidak boleh membebankannya. Ramai lagi pemain lain dan jika kami bermain sebagai satu pasukan, kami akan mengharungi musim yang hebat," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini