WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PERLAWANAN EVERTON VS MU, GADIS CHELSEA JADI TARIKAN

PENONTON Sky Sport yang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Everton dengan Manchester United pada Ahad lalu, bukan hanya menonton pasukan masing


Back To Sports Updates

Gadis misteri itu menjadi perhatian tatkala kamera dihalakan ke arahnya.  Lebih menghairankan dia tidak memakai jersi United atau Everton, sebaliknya gadis itu memakai jaket pasukan Chelsea.

Perlawanan Everton VS MU, Gadis Chelsea Jadi Tarikan

Wajah gadis itu kemudiannya tersebar menerusi media sosial apabila orang ramai mula memburunya.  Akhirnya identiti gadis itu diketahui dan dia dikenalpasti sebagai Emily Rogawski, dari New York.

 

Dia telah berpindah ke England dan merupakan peminat fanatik pasukan Chelsea.

“Saya sukakan Chelsea dan saya sukakan bola sepak, Jadi saya tidak akan ketinggalan menyaksikan perlawanan seperti ini apatah lagi apabila tiket hanya £15.

“Sebagai warga Amerika yang menetap di England, ia merupakan satu mimpi apabila dikelilingi bola sepak dan saya akan cuba menyaksikan sebanyak mungkin perlawanan ini,” katanya di dalam Instagram miliknya.

Emily turut mengulas mengenai jersi Chelsea yang dipakainya itu.

 

“Sesiapa juga yang membenci saya kerana memakai jaket Chelsea, anda boleh membelikan saya kot musim sejuk (kerana) ini satu-satunya yang saya ada,”katanya.


Sumber:– MYNEWSHUB.CC