WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MALAYSIA TUAN RUMAH SUKAN SEA 2027

Ini kali ketujuh negara diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu sejak kali pertama pada 1965


Back To Sports Updates

HANOI: Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) hari ini memilih Malaysia sebagai tuan rumah edisi ke-34 Sukan SEA pada 2027, umum Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebentar tadi.

Ini kali ketujuh negara diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu sejak kali pertama pada 1965 ia dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP).

Keputusan itu dibuat selepas Ahli Majlis SEAGF bersetuju dalam mesyuarat yang berlangsung di sini pagi tadi dengan pemilihan berdasarkan turutan abjad.

Pemilihan Malaysia dibuat 10 tahun selepas Kuala Lumpur menganjurkan Sukan SEA terakhir di Malaysia pada 2017, yang menyaksikan kontinjen negara muncul juara keseluruhan dengan pencapaian terbaik 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

Singapura pula dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi ke-35 pada 2029 yang juga buat kali kelima bagi negara itu.

Keputusan untuk memilih tuan rumah bagi Sukan SEA 2031 ditangguhkan untuk membolehkan Laos mendapat kelulusan kerajaan mereka.

Laos pada asalnya dijadualkan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027, tetapi tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan mereka.

Indonesia juga berminat menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 atau 2029, namun disebabkan peraturan turutan abjad, mereka kini perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga 2031.

Sekiranya Laos masih tidak dapat mendapatkan kelulusan, Kemboja dijadual menganjurkan temasya itu buat kali pertama dari 5 hingga 16 Mei tahun depan, manakala Thailand menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2025.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini