WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KEKALAHAN UNITED SATU PENGHINAAN, MEMALUKAN – RANGNICK

United ketinggalan selepas hanya 15 minit hasil rembatan jarak jauh Moises Caicedo


Back To Sports Updates

LONDON: Ralf Rangnick memohon maaf atas ‘persembahan teruk’ Manchester United selepas pasukan itu mengalami kekalahan memalukan 4-0 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Pengendali dari Jerman itu mengharungi hari yang ngeri di Stadium Amex dalam perlawanan yang didominasi lawan mereka yang menduduki tangga kesembilan.

United ketinggalan selepas hanya 15 minit hasil rembatan jarak jauh Moises Caicedo.

Bagaimanapun Red Devils mengalami kehancuran penuh pada separuh masa kedua dengan melepaskan tiga gol dalam masa 11 minit menerusi Marc Cucurella, Pascal Gross dan Leandro Trossard.

Sejurus tamat perlawanan, Rangnick memanggil kekalahan itu sebagai ‘penghinaan’, sekali gus meletakkan United di ambang kegagalan memasuki kelompok empat terbaik liga.

“Ia adalah aksi mengerikan. Dari minit pertama hingga minit terakhir ia tidak mencukupi. Kami hanya boleh memohon maaf atas persembahan ini dan kekalahan yang memalukan.

“Saya tidak fikir pemain mengabaikan pelan permainan tetapi kami tidak dapat menghalang lawan. Kami memberi mereka terlalu banyak ruang dan jika anda melakukannya menentang pasukan yang bagus dari segi teknikal seperti Brighton, anda akan dihukum,” katanya.

Rangnick yang akan digantikan oleh Eric Ten Hag menyelar pertahanan pasukannya dengan menyifatkan mereka sebagai ‘tidak cukup bagus’ kerana menyebabkan pasukan mengalami kekalahan ke-11 musim ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini