• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

‘TINGGALKAN MU DALAM TEMPOH 72 JAM ATAU TIGA BOM SEDIA DILETUPKAN’

Harry Maguire daripada seorang pengirim e-mel yang digelar sebagai ‘peminat pengecut


Back To Sports Updates

MANCHESTER: “Tinggalkan Manchester United dalam tempoh 72 jam atau tiga bom akan diletupkan di rumah kamu.”

Itu ugutan yang diterima kap­ten United, Harry Maguire daripada seorang pengirim e-mel yang digelar sebagai ‘peminat pengecut.’

Ugutan tersebut dihantar kepada ejen pemain itu sehari selepas Red Devils kalah 4-0 kepada musuh ketat, Liverpool dalam aksi Liga Perdana Ing­geris, Rabu lalu.

Maguire, 29, sedang menjalani latihan di Carrington ketika dia menerima berita menakutkan itu dan bergegas pulang ke rumah untuk bersama pasa­ngannya, Fern Hawkins serta dua anak mereka.

“Mereka memandang serius perkara ini.

“Harry dan rakan-rakan sepasukannya kerap menerima ugutan bunuh di media sosial tetapi kali ini berbeza.

“E-mel itu mengatakan tiga bom telah dipasang di rumah­nya.

“Dia mempunyai tempoh 72 jam untuk meninggalkan United atau semua bom itu akan dile­tupkan. Mesej tersebut penuh de­ngan kebencian dan pende­raan,” kata jurucakap pemain itu.

Menurut jurucakap tersebut, Fern sangat trauma apabila mendapat tahu tentang perkara itu dan merasakan dirinya tidak lagi selamat.

United berada dalam prestasi yang teruk akhir-akhir ini menyebabkan Maguire sering dicemuh di media sosial.

Maguire akan memasang set CCTV baharu dan pengawal ke­selamatan 24 jam di rumahnya.

Sementara itu, Polis Cheshire mengesahkan tidak menemui sebarang objek meragukan selepas memeriksa rumah bintang England itu.

“Kami telah membawa anjin pengesan dan tiada sebarang objek meragukan ditemui sepanjang pencarian,” kata pihak polis.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini