WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BAYI LELAKI CRISTIANO RONALDO MENINGGAL DUNIA

Pasangan selebriti ini pada Oktober lalu mengumumkan bahawa Rodriguez sedang hamil anak kembar. – AFP


Back To Sports Updates

LONDON - Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo mengumumkan bahawa bayi lelaki yang baru dilahirkan pasangannya, Georgina Rodriguez telah meninggal dunia, lapor akhbar Daily Star.

Pasangan itu dalam satu kenyataan di laman Instagram berkata, Rodriguez telah melahirkan pasangan bayi kembar, seperti yang diumumkan pada Oktober lalu.

“Dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia. Ini merupakan kedukaan terbesar yang dirasai oleh mana-mana ibu bapa.

“Hanya kelahiran bayi perempuan kami terus memberi kami semangat untuk mengharungi saat ini dengan harapan dan kegembiraan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat atas semua jagaan dan sokongan mereka. Kami semua kecewa dengan kehilangan ini dan memohon privasi dalam waktu sukar ini,” kata Ronaldo dan Rodriguez.

Oktober lalu, pasangan tersebut menerusi Instagram mengumumkan bahawa Rodriguez sedang hamil anak kembar.

Pada Disember, mereka mengesahkan bahawa bayi yang dikandung Rodriguez ialah pasangan kembar lelaki dan perempuan menerusi satu video.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini