WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

STERLING SEDIA TINGGALKAN EPL

Sterling terbuka untuk berkelana ke kelab lain di luar negara


Back To Sports Updates

London: Raheem Sterling mengakui dia bersedia untuk meninggalkan Manchester City untuk mendapat lebih peluang beraksi walaupun terpaksa berpindah ke kelab luar.

Pemain antarabangsa England berusia 26 tahun itu sudah bersama penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 2015 ketika dia berpindah dari Liverpool.

Bagaimanapun, dia baru dua kali beraksi dalam kesebelasan utama untuk perlawanan EPL musim ini.

"Jika ada peluang untuk berpindah ke tempat lain, saya terbuka untuk menerima buat masa sekarang.

"Seperti saya katakan, bola sepak adalah sangat penting buat saya, cabaran yang sudah saya tetapkan sejak remaja dan begitu juga dengan impian untuk bermain di luar negara.

"Sebagai pemain England apa yang saya tahu sekarang ini hanya EPL dan saya selalu mengalami sesuatu kurang menyenangkan (di dalam diri), mungkin satu hari nanti saya tertarik untuk beraksi di luar negara untuk melihat cabaran baru," katanya.

Sterling mungkin diturunkan berdepan Burnley esok selepas Ferran Torres mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Sepanyol di Liga Negara-Negara.

Walaupun jarang diturunkan, Sterling yang mempunyai kontrak bersama City sehingga 2023 berkata, dia tidak akan ke pejabat Pep Guardiola untuk merayu meminta disenaraikan sekerap mungkin.

"Saya bukan seorang individu yang suka merungut. Saya tidak akan mencuba untuk mendapatkan perjanjian lebih besar daripada sepatutnya.

"Saya hanya akan lakukan kerja saya, serta apa yang sepatutnya saya lakukan. Saya hanya akan berlatih untuk bermain bola sepak dan menjaringkan gol secara kerap," katanya.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP