WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

RONALDO MENANG ANUGERAH PERTAMA

Cristiano Ronaldo memenangi anugerah pertamanya sejak kembali ke Manchester United selepas dipilih pemain terbaik


Back To Sports Updates

London: Cristiano Ronaldo memenangi anugerah pertamanya sejak kembali ke Manchester United selepas dipilih pemain terbaik kelab untuk September.

Bagaimanapun, pemilihannya tidaklah begitu mengejutkan selepas sensasi Portugal itu meledak lima gol dalam lima aksi pertamanya musim ini. Tiga jaringan dalam aksi Liga Perdana dan dua lagi di Liga Juara-Juara dengan gol kemenangan pada minit ke-95 ketika menewaskan Villarreal paling berharga buat Ronaldo.

Dia turut dicalonkan untuk anugerah bulanan Pemain Terbaik Liga Perdana, menurut Sky Sports. Turut tersenarai ialah bintang Liverpool Mohamed Salah, pemain Chelsea Antonio Rudiger, Ismaila Sarr (Watford), Allan Saint-Maximin (Newcastle) dan Joao Cancelo (Manchester City).

Ramai menjangkakan pencalonan itu sama ada di peringkat kelab mahupun liga bukanlah yang terakhir buat Ronaldo.

Walaupun sudah berusia 36 tahun, dia masih salah seorang pemain berbisa di liga.

Masalah United ialah memberikan khidmat yang tepat kepadanya. Dalam beberapa aksi terakhir liga, United gagal mencipta kualiti ketika mencari peluang menjaringkan gol.

Ronaldo sudah biasa meraih anugerah individu termasuk memenangi Ballon d'Or sebanyak lima kali.

Dia memenangi anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana sebanyak dua kali selain meraih anugerah daripada penulis juga dua kali dan trofi PFA.

Melakukannya sekali lagi musim ini bukanlah mustahil baginya walaupun perjalanan liga masih jauh. United perlu beraksi lebih baik sebagai satu pasukan bagi membolehkan Ronaldo terus merobek gawang lawan.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi