WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

PEMENANG OLIMPIK DAPAT 'PINGAT TERPAKAI'

Hadiah utama temasya sukan terbesar dunia itu diperbuat daripada enam juta telefon bimbit yang terpakai


Back To Sports Updates

Tokyo: Pemenang pingat Tokyo 2020 akan muncul atlet pertama dalam sejarah Olimpik dan Paralimpik memenangi pingat diperbuat daripada barang elektrik yang dikitar semula.

Hadiah utama temasya sukan terbesar dunia itu diperbuat daripada enam juta telefon bimbit yang terpakai.

Rekaan mesra alam pingat emas, perak dan gangsa itu adalah sebahagian daripada usaha penganjur untuk menjadikan temasya kali ini dikenang sebagai temasya yang dapat menjaga ekosistem sebaik mungkin.

Majlis pembukaan rasmi Olimpik Tokyo berlangsung dengan jayanya semalam selepas setahun tertangguh.

Ini adalah kali kedua Tokyo menganjurkan temasya Olimpik selepas kali pertama pada 1964.

Dilaporkan sekitar 79,000 tan barangan elektrik kecil termasuk 6.21 juta telefon bimbit terpakai dikumpulkan untuk diubah semula menjadi pingat menjelang temasya berkenaan.

Proses yang mengambil masa selama dua tahun itu menyaksikan 5,000 pingat emas, perak dan gangsa berjaya dihasilkan.

Seorang atlet Amerika Syarikat (AS), Ashton Eaton, 33, adalah antara yang menyokong langkah mesra alam itu.

"Saya sentiasa menyokong mereka yang melakukan perkara berbeza untuk menjadikannya kepada lebih positif.

"Apabila atlet di Tokyo memenangi pingat, berat pingat itu bukannya dari emas, perak atau gangsa, tetapi ia tanggungjawab berat dipikul untuk negara," katanya.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi