WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SANCHO MAHU TAMATKAN KEMARAU TROFI MAN UNITED

Pemain antarabangsa England berusia 21 tahun itu yang juga bekas pemain remaja Manchester City, menandatangani kontrak selama lima tahun


Back To Sports Updates

London: Jadon Sancho berkata dia mahu membantu Manchester United memenangi trofi semula selepas menyertai gergasi Liga Perdana itu dari Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan dilaporkan £73 million (RM424 juta).

Pemain antarabangsa England berusia 21 tahun itu yang juga bekas pemain remaja Manchester City, menandatangani kontrak selama lima tahun dengan pilihan lanjutan kontrak.

United tidak pernah memenangi trofi sejak memenangi Liga Europa 2017 dengan kali terakhir memenangi Liga Perdana adalah ketika musim terakhir Alex Ferguson membimbing kelab itu lapan tahun lalu.

"Ia satu penghormatan," kata Sanco kepada manutd.com mengenai perasaannya menyertai Red Devils.

"Ketika membesar, Manchester United adalah salah satu kelab gergasi yang diketahui oleh semua orang dan memenangi banyak trofi.

"Inilah salah satu sebabnya mengapa saya hadir ke Manchester kerana saya dapat melihat perkembangan yang sedang berlaku dan mahu menjadi sebahagian daripadanya.

"Terutama ia adalah kelab yang paling ikonik dan menjadi keluarga United adalah seperti impian menjadi kenyataan."

Tidak seperti barisan pemain muda England yang lain, Sancho mengambil keputusan untuk melebarkan kariernya dengan menyertai Dortmund selepas gagal menyertai pasukan utama Manchester City.

"Ia membantu mematangkan saya sebagai pemain dan mempunyai pengalaman beraksi di Liga Juara-Juara serta merasai aksi kejohanan utama.

"Saya sudah bersedia dengan cabaran baru dan bersemangat untuk memenangi trofi, menjaringkan gol serta membantu meledak gol," katanya.

Sumber: Harian Metro
Foto FB Manchester United