• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

POGBA TOLAK TAWARAN UNITED

Bintang Man United, Paul Pogba dari Perancis dikaitkan dengan perpindahan ke PSG dan Juventus


Back To Sports Updates

London: Paul Pogba dilaporkan menolak tawaran perubahan kontrak baharu di Manchester United ketika pemain tengah itu hampir pasti meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini.

Kontrak pemain kebangsaan Perancis di Manchester dijadualkan berakhir Jun tahun depan dan Red Devils dipercayai mengadakan perbincangan bersama ejen pemain terbabit, Mino Raiola mengenai kontrak baru.

The Mirror melaporkan, Man United mengemukakan tawaran bernilai £350,000 (RM2.03 juta) mingguan, tetapi pemain yang memenangi Piala Dunia menolak tawaran terbabit ketika dia bersedia menyertai pasukan baru.

Tambah laporan itu Paris Saint-Germain bersedia membayar £45 juta (RM261.7 juta) bagi pemain berusia 28 tahun itu dan Red Devils kini bersedia untuk menjualnya pada jendela perpindahan nanti.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan tidak bersedia membenarkan pemain Perancis itu meninggalkan pasukan dengan perpindahan percuma tetapi bersetuju menurunkan harga permintaan yang diletakkan mereka dari £50 juta (RM290.78 juta).

Pogba yang beraksi buat negaranya pada Kejohanan Eropah, menjaringkan enam gol dan menghasilkan sembilan bantuan gol dalam 42 penampilan peringkat kelab sepanjang kempen 2020-21.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi