WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

OLIMPIK: TOKYO 2020 MASIH BOLEH DIBATALKAN

Sukan Olimpik masih boleh dibatalkan - selepas Tokyo berdepan tiga ancaman kesihatan


Back To Sports Updates

TOKYO: Sukan Olimpik masih boleh dibatalkan - selepas Tokyo berdepan tiga ancaman kesihatan.

Ketika kes positif COVID-19 yang dilaporkan menjelang pembukaan temasya itu Jumaat ini terus meningkat, ketua Tokyo 2020, Toshiro Muto mengakui dia bersedia untuk membincangkan mengenai pembatalan temasya itu pada saat-saat akhir.

Acara pertama di Sukan Olimpik akan berlangsung petang ini membabitkan acara bola sepak wanita antara Great Britain menentang Chile.

Namun, Muto berkata: "Kita tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku dengan jumlah kes coronavirus.

"Jadi kita akan meneruskan perbincangan jika berlakunya peningkatan jumlah kes.

"Berdasarkan situasi coronavirus, kita sudah bersetuju untuk mengadakan perbincangan secara lima belah pihak.

"Ketika ini, kes coronavirus mungkin meningkat ataupun menurun, jadi kita akan berfikir apa yang perlu dilakukan jika kes terus meningkat," katanya.

Kenyataan Muto itu hadir hanya beberapa jam selepas Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach melaporkan dia 'tidak tidur' dan bimbang pertandingan terbabit tidak dapat diteruskan ketika Tokyo berdepan dua lagi isu kesihatan dan keselamatan.

Isu pertama membabitkan peningkatan tahap bakteria E-coli dalam air Teluk Tokyo yang akan menganjurkan acara triathlon dan renang terbuka.

Sementara itu, ketua pasukan Korea Selatan merancang untuk memeriksa makanan daripada daerah Fukushima apabila mendakwa ia mungkin dicemari dengan bahan radioaktif Caesium.

Apa yang membimbangkan adalah peningkatan kes yang berlaku dalam Perkampungan Olimpik.

Ketika enam atlet dari Great Britain yang diarahkan untuk dikuarantin selepas menjadi 'kontak rapat' dengan penumpang yang didapati positif COVID-19 dalam penerbangan mereka ke Tokyo kini dibenarkan menjalani latihan, kes dalam pasukan lain terus meningkat.

Namun, kumpulan wartawan dari BBC Scotland 'dikaitkan' sebagai kontak rapat susulan penerbangan mereka dan perlu dikuarantin selama 14 hari di hotel mereka.

Sumber: Berita Harian