WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

JUVENTUS SEDIA TUKAR RONALDO DENGAN ICARDI

Kontrak Ronaldo hanya berbaki setahun dan berdepan ketidaktentuan mengenai masa depannya bersama gergasi Serie A itu


Back To Sports Updates

TURIN: Juventus dilaporkan sedia untuk menawarkan Cristiano Ronaldo kepada Paris Saint Germain (PSG) bagi mendapatkan Mauro Icardi pada musim ini.

Kontrak Ronaldo hanya berbaki setahun dan berdepan ketidaktentuan mengenai masa depannya bersama gergasi Serie A itu, apatah lagi bos baharu Juventus, Massimiliano Allegri dikatakan merancang untuk membuat rombakan sebelum musim bermula.

Media Perancis, L'Equipe menyatakan Ronaldo akan menjadi sebahagian daripada rombakan yang akan dilakukan Juventus apabila pasukan itu menyasarkan untuk menandatangani sasaran jangka masa panjang, Icardi.

Juventus sudah lama mengidamkan penyerang Argentina itu namun terlepas khidmatnya pada musim lalu apabila dia menyertai PSG.

Kontrak Ronaldo ketika ini bernilai 3.8 juta pound (RM22 juta) sebulan namun Juventus mungkin bergelut untuk menawarkan kontrak baharu kepada pemain itu susulan impak coronavirus.

Mereka berisiko terlepas Ronaldo secara percuma jika gagal menemui kata sepakat sebelum penghujung musim depan sekali gus menjadikan pertukaran dengan Icardi sebagai langkah yang dirasakan wajar.

Icardi yang meledak 13 gol dalam 28 penampilan bersama PSG pada musim lalu memiliki kontrak sehingga 2024.

Lapan tahun lebih muda berbanding Ronaldo, gajinya juga tidak begitu tinggi jika hendak dibandingkan dengan bintang Portugal itu.

Sumber: Berita Harian