AIGLE, Switzerland: Pelarian Afghanistan, Masomah Ali Zada berharap dapat menjadi contoh kepada wanita lain yang terpaksa keluar dari negara mereka selepas dia terpilih menyertai temasya Olimpik Tokyo.
Pelumba berbasikal bagi acara lebuh raya berusia 24 tahun itu pernah dibaling batu dan diserang secara fizikal di tanah airnya sendiri kerana berpakaian sukan dan menunggang basikal di tempat awam.
Dia akan bertanding di Olimpik 2020 untuk pasukan Pelarian Olimpik dan berasakan memikul tanggungjawab untuk mewakili 82 juta orang dari seluruh dunia yang terpaksa meninggalkan rumah mereka sama ada di negara sendiri atau sebagai pelarian.
Dia turut melihat dirinya sebagai mewakil wanita yang tinggal di dalam masyarakat ditindas dan atlet sukan wanita berhijab.
"Saya akan mewakili seluruh manusia," kata Masomah kepada AFP. "Ia bukan hanya untuk saya. Ia lebih kepada semua wanita di Afghanistan dan seluruh wanita di setiap negara seperti Afghanistan yang tidak mendapat kebebasan untuk berbasikal.
"Ini juga kepada semua pelarian yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka.
"Saya mahu membuka jalan kepada pelarian lain yang akan muncul (dalam sukan) selepas saya."
Masomah akan bertanding dengan 25 pesaing lain pada ujian masa lebuh raya di Olimpik.
Dia diberi latihan selama sebulan di Pusat Berbasikal Dunia UCI di sini sebelum tiba di Jepun, hari ini.
Pelarian Afghanistan, Masomah Ali Zada ketika menjalani latihan di Aigle, Switzerland. - Foto AFP
Masomah Ali Zada ketika menjalani latihan di Aigle, Switzerland. - Foto AFP
I would love to receive more updates from CatsFM !