WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

ITALI DISAMBUT SEBAGAI WIRA

Barisan pemain Itali diraikan sambutan sebagai wira dengan menggunakan bas mengelilingi Rom selepas menewaskan England


Back To Sports Updates

Rom: Barisan pemain Itali diraikan sambutan sebagai wira dengan menggunakan bas mengelilingi Rom selepas menewaskan England dalam penentuan penalti penuh dramatik di stadium Wembley untuk muncul juara Euro 2020.

Perdana Menteri dan Presiden Itali mengadakan sambutan buat skuad Azzurri sebelum pasukan diarak dengan menaiki bas melakukan perjalanan penuh gemilang melalui orang ramai yang mengibarkan bendera tiga warna penuh gembira.

Ia mengakhiri 24 jam yang penuh emosi bermula dengan drama di Wembley pada malam Ahad, apabila Itali bangkit daripada kejutan ketinggalan satu gol, gol terpantas di final Kejuaraan Eropah sebelum menyamakan kedudukan dan menang 3-2 dalam penentuan penalti.

Ia adalah kali kedua Itali menjulang kejuaraan Eropah dan kemenangan mereka menandakan sentuhan luar biasa Mancini selepas pasukan itu gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

"Ini adalah kebangkitan semua bola sepak Itali," kata Leonardo Bonucci penuh emosi.

"Kami mempunyai pasukan yang luar biasa, kami sayangkan satu sama lain, kami tahu daripada mana kami datang," kata penjaga gol Gianluigi Donnarumma yang dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Sebaliknya kegagalan England menerusi penalti itu melebarkan rekod buruk mereka dalam sepakan penalti dan terus meletakkan mereka dalam penantian meraih kejuaraan utama selepas Piala Dunia 1966.

Tambah memeritkan lagi tiga pemain England yang gagal menyempurnakan sepakan penalti - Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka - menjadi sasaran kecaman berunsur perkauman di media sosial dari penyokong sendiri dan peminat dari negara lain.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengutuk kecaman yang buruk itu, sementara pengurus England, Gareth Southgate menganggap ia sebagai satu perkara yang tidak boleh dimaafkan.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP