WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

CHELSEA BAHAM MANCHESTER UNITED 4-0

Chelsea membaham pasukan pelawat, Manchester United, dengan empat gol berbalas kosong dalam perlawanan Liga Perdana


Back To Sports Updates
Chelsea membaham pasukan pelawat, Manchester United, dengan empat gol berbalas kosong dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stamford Bridge sebentar tadi.

Chelsea bermula garang apabila Pedro dapat mengatasi pertahanan Manchester United dan memperdaya De Gea apabila meledak gol pertama perlawanan seawal minit pertama (saat ke-30).

Derita Machester United terus ditambah apabila Gary Cahill menambah jaringan Chelsea pada minit ke-21 perlawanan.

Dua lagi gol yang diledak pada separuh masa kedua pula disumbang oleh Eden Hazard (62) and N'Golo Kante (70).