WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MAN UNITED LIVERPOOL SERI 0-0, DE GEA PENYELAMAT

MANCHESTER United dan Liverpool hanya terikat seri 0-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield pada awal pagi Selasa


Back To Sports Updates

MANCHESTER United dan Liverpool hanya terikat seri 0-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield pada awal pagi Selasa.

Kedua-dua pasukan dilihat cuba untuk memecah pertahanan lawan tetapi tidak berhasil.

Malah Liverpool sebagai pasukan tuan rumah juga tidak menggunakan peluang sebaik mungkin kerana tidak banyak serangan yang dilakukan.

Bagaimanapun, permainan ini menyaksikan penjaga gol Manchester United, David de Gea melakukan dua penyelamatan yang penting.

De Gea bagaimanapun berjaya menepis serangan Emre Can dan Philippe Coutinho.

Manchester United tidak mampu memperbaiki kedudukannya, berada pada tangga ketujuh dengan 14 mata.

 

Liverpool pula di tangga keempat menerusi 17 mata.