WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

OLIMPIK TOKYO TETAP BERLANGSUNG MESKIPUN VAKSIN COVID-19 BELUM DITEMUI

Tinjauan mendapati sebahagian besar syarikat Jepun dan orang awam tidak merasakan sukan Olimpik akan berlangsung tahun depan


Back To Sports Updates

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike mengucapkan terima kasih kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach yang membenarkan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo meskipun vaksin COVID-19 belum ditemui.

Beliau menyifatkan kenyataan Bach sebagai reaksi positif mengalakkan penganjuran sukan dengan selamat bagi semua atlet dan penonton.

Dalam pada itu Bach memaklumkan perkembangan kajian vaksin dan ujian pantas untuk COVID-19 bukanlah jawapan lengkap untuk menganjurkan Olimpik Tokyo yang ditunda pada tahun hadapan itu.

Sementara penduduk Jepun masih ragu-ragu mengenai temasya sukan yang sepatutnya berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos akan datang sebelum penundaan diumumkan, Bach enggan membuat spekulasi jika Olimpik itu tidak dihadiri peminat.

Dalam perkembangan sama, Ketua Eksekutif Sukan Olimpik Tokyo, Toshiro Muto memberitahu, kesemua atlet yang terlibat perlu membuat ujian saringan sebelum ketibaan, ketika tiba dan semasa berada di Jepun.

“Jawatankuasa ini mahu setiap atlet mengambil ujian saringan sebelum meninggalkan negara mereka dan semasa tiba di Jepun.

"Saya juga mahu mereka mengambil ujian saringan ketika mereka berada di Jepun. Kami mahu menetapkan prosedur sedemikan,” ujarnya.

Antara lain, persiapan akan dibuat berasingan untuk penonton, atlet dan pihak lain yang terlibat dengan memperkenalkan langkah-langkah konkrit dan berkesan.

Muto juga berharap agar sukan berprestij itu terus mendapat sokongan daripada rakyat di sebalik keraguan yang melanda.

Tinjauan mendapati sebahagian besar syarikat Jepun dan orang awam tidak merasakan sukan Olimpik akan berlangsung tahun depan atau sepatutnya diadakan.

Sumber: AWANI
oleh Khairunnisa Kasnoon