WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SOLSKJAER SEKALI LAGI JADI TUMPUAN

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berdepan cabaran besar bagi menjadikan United antara pasukan digeruni musim ini


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United jelas meningkat pada musim penuh pertama kendalian Ole Gunnar Solskjaer dengan kedudukan ketiga Liga Perdana dan ke separuh akhir tiga saingan piala.

Namun ketika United masih jauh di belakang pencabar utama, Liverpool dan Manchester City dalam kedudukan liga, pengendali dari Norway itu kini menjadi tumpuan bagi melihat sejauh mana dia boleh menjadikan United ancaman serius dalam Liga Perdana sejak Alex Ferguson bersara pada 2013.

Skuad Solskjaer akan memulakan kempen di laman sendiri berdepan Crystal Palace awal pagi Ahad ini selepas melalui 14 perlawanan tanpa kalah dalam liga utama England sejak Bruno Fernandes menukar nasib mereka pada Januari.

Pemain tengah United itu bakal dibantu dengan kehadiran pemain Belanda, Donny Van de Beek tetapi skuad Solskjaer masih longgar di bahagian tertentu.

Tiga kemenangan mengatasi City dan Chelsea musim lalu membuktikan United boleh menewaskan kelab utama Liga Perdana pada hari terbaik mereka tetapi wujud kebimbangan tidak sampai sebulan lalu pada separuh akhir Liga Europa berdepan Sevilla.

Solskjaer memilih tidak menggantikan pemain Sepanyol itu sehingga minit ke-87 dan merasakan tiada pemain di bangku simpanan boleh diharapkan.

Walaupun dengan kehadiran Van de Beek, masalah itu tampak belum diselesaikan.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP