WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

EMPAT PEMENANG PINGAT SUKMA SARAWAK POSITIF UJIAN DOPING

Empat atlet yang menyertai tiga acara pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung di Sarawak, Julai lalu


Back To Sports Updates

Empat atlet yang menyertai tiga acara pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung di Sarawak, Julai lalu didapati positif ujian doping.

Empat atlet tersebut melibatkan dua peserta bagi acara memanah dan masing-masing seorang atlet tinju dan angkat berat.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengesahkan perkara tersebut pada  sidang media khas petang Isnin.

"Keputusan diperolehi selepas Agensi Antidoping  Malaysia (Adamas) menjalani ujian tersebut sebaik tamat Sukma.

"Bagaimanapun kita tidak boleh mendedahkan nama atlet-atlet terbabit sehingga surat rasmi dan nama didedahkan pada sesi pendengaran selepas 15 Oktober ini.

"Dalam tempoh itu (sehingga 15 Oktober) mereka diberi peluang untuk mengaku atau membuat ujian sampel B," jelasnya.

 

Keempat-empat atlet tersebut merupakan pemenang pingat pada Sukma edisi ke-18 ini.


Sumber: mStar