WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SALAH MAHU KEKAL LAMA DI ANFIELD

Mohamed Salah berkata Liverpool mesti menggunakan sepenuhnya generasi terbaik mereka dengan menang lebih banyak trofi


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Mohamed Salah berkata Liverpool mesti menggunakan sepenuhnya generasi terbaik mereka dengan menang lebih banyak trofi.

Dan bintang Anfield itu menegaskan dia mahu kekal di kelab itu "untuk tempoh yang lama" bagi menjadikan ia satu kenyataan.

Bercakap kepada penyiar beIN SPORTS, penyerang itu menyatakan kegembiraan dengan merangkul gelaran itu.

"Kita sepatutnya menggunakan sepenuhnya generasi ini, selain keserasian antara kami dan anda boleh temui harmoni dan semua orang tahu apa yang perlu dilakukan dan di mana rakan sepasukan," katanya.

"Berada di kemuncak bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kami bermain bersungguh-sungguh untuk terus menang trofi.

"Adalah mustahil bagi saya untuk berkata saya sudah cukup trofi dan mencapai tahap maksimum. Saya akan terus melakukan yang terbaik bagi menjadi musim depan lebih baik daripada sebelumnya.

"Saya sangat gembira. Saya tidak boleh bayangkan kegembiraan selepas menang liga kali pertama dalam 30 tahun.

"Saya boleh melihat kegembiraan penyokong dan ini sangat penting untuk kami semua. Saya sukakan suasana di sini. Saya sayangkan tempat ini dan harap boleh kekal untuk tempoh yang lama."

Sumber: Berita Harian