WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MESSI CIPTA REKOD, JARING GOL KE-700

Messi kini diiktiraf sebagai penjaring terbanyak Barca sepanjang masa dengan 630 gol untuk kelab


Back To Sports Updates

Lionel Messi menjaringkan gol ke-700 sepanjang kariernya dalam perlawanan menentang Atletico, pada Selasa.

Bintang Argentina itu berjaya menjaringkan gol ke-700 nya melalui sepakan penalti dalam saingan La Liga yang berlangsung di Camp Nou.

Perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri dua sama itu menyaksikan tiga daripada gol dihasilkan menerusi sepakan penalti.

Manakala satu gol dijaringkan sendiri oleh Diego Costa memberi kelebihan buat Barca.

Messi menjaringkan gol ke 699 juga melalui sepakan penalti ketika menetang Leganes dua minggu lalu.

Bagaimanapun, messi ketandusan gol dalam tiga perlawanan menentang Sevilla, Athletic Bilbao dan Celta Vigo.

Messi kini diiktiraf sebagai penjaring terbanyak Barca sepanjang masa dengan 630 gol untuk kelab.

Manakala 70 gol dijaringkan messi ketika mewakili Argentina.

Sumber: AWANI
Gambar fail