WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

WERNER LEBIH SELESA DENGAN CHELSEA

Timo Werner berkata dia memilih Chelsea berbanding Liverpool kerana rasa lebih selesa


Back To Sports Updates

LONDON: Timo Werner berkata dia memilih Chelsea berbanding Liverpool kerana rasa lebih selesa selepas perbincangan dengan Frank Lampard dan lembaga pengarah.

Penyerang RB Leipzig itu akan berpindah ke Stamford Bridge pada musim panas ini selepas memuktamadkan perpindahan bernilai 47.5 juta pound (RM250.12 juta).

Dia akan menjadi salah seorang penerima gaji tertinggi di Chelsea pada 150,000 pound (RM789,857) seminggu.

Selepas meledak 34 gol dalam semua pertandingan musim ini, Werner diharapkan dapat mengembalikan Chelsea ke landasan kejuaraan.

Liverpool hampir memeterai perjanjian mendapatkan pemain Jerman itu sebelum Chelsea mendapatkan tandatangannya.

Dan Werner mengakui keputusan berpindah ke London itu sesuatu yang mudah selepas bercakap dengan pengendali pasukan, Lampard dan ahli lembaga pengarah The Blues.

"Perbincangan dengan lembaga pengarah di Chelsea amat baik sehingga saya memutuskan untuk memilih mereka.

"Frank Lampard berdiri di belakang saya dan mahu saya tahu yang jika saya datang ke Chelsea, saya akan merasa selesa seperti di Leipzig.

"Dalam perbualan dengan saya, jurulatih menekankan betapa dia mahukan saya, dan menghargai saya secara peribadi.

"Sudah tentu ia amat sukar untuk melepaskan sambutan hangat seperti di Leipzig, tetapi anda hanya maju dalam karier jika anda mengambil langkah seterusnya," kata Werner.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP