• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

SUAREZ SEDIH TERLEPAS PIALA EPL

Luis Suarez mendedahkan kesedihannya terlepas peluang memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Liveprool


Back To Sports Updates

BARCELONA: Luis Suarez mendedahkan kesedihannya terlepas peluang memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Liveprool pada tahun 2014.

Bintang Barcelona itu turut mendakwa dia sedih apabila sesetengah penyokong Liverpool marah kepadanya kerana meraikan jaringan pada pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara musim lalu.

Suarez di Liverpool selama tiga tahun, dan hampir memenangi gelaran Liga Perdana pada kempen terakhirnya sebelum dia berpindah ke Sepanyol.

"Pada tahun terakhir ketika saya bermain di Anfield, saya amat bersimpati kepada penyokong (kerana kami terlepas kejuaraan).

"Saya tahu sesetengah penyokong Liverpool marah kepada saya kerana saya meraikan jaringan ke atas Liverpoll di sini di Camp Nou (musim lalu), dan ia membuatkan saya amat sedih.

"Saya terima hakikat itu dan saya harap mereka memahami situasi saya: kami bermain di laman sendiri dan dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.

"Saya menikmati saat terindah hidup saya di sana dan saya rasa penyokong tidak melupakan sikap saya ketika menyarung jersi Liverpool.

"Kini saya harap mereka gembira dengan trofi Liga Perdana tahun ini," kata Suarez.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP