WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

EPL: HATRIK ANTHONY MARTIAL SAHKAN KEMENANGAN MANCHESTER UNITED

Anthony Martial meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga Manchester United dalam perlawanan EPL antara Manchester United dan Sheffield United


Back To Sports Updates

Anthony Martial meledak hatrik pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris dan membantu Manchester United menang 3-0 ke atas Sheffield United.

Bermain di laman sendiri, pemain perancis itu menjaringkan dua gol pada babak pertama dan satu lagi gol pada babak kedua permainan.

Kesemua gol itu hasil gerakan dan strategi rakan pasukan lain yang membantu seperti Paul Pogba, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford.

Hatrik ini merupakan kali pertama bagi Manchester United.

Robin Van Persie kali terakhir dilaporkan membuatnya pada 2013, ketika menentang Aston Villa di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Kemenangan itu meletakkan Manchester United di tempat kelima liga, dua mata di belakang Chelsea di tempat keempat.

Manakala Sheffiled United di kedudukan kelapan dengan kurang satu mata di belakang Tottenham Hotspur.

Sumber: AWANI