WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

RONALDO, DYBALA CERIAKAN KEMBALI JUVENTUS

Juventus menebus kekecewaan final Piala Itali apabila menewaskan Bologna 2-0 menerusi jaringan awal Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala


Back To Sports Updates

Juventus menebus kekecewaan final Piala Itali apabila menewaskan Bologna 2-0 menerusi jaringan awal Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala awal pagi tadi serta melonjak empat mata di hadapan Lazio dalam carta Serie A.

Bintang Portugal, Ronaldo terlepas penalti pada separuh akhir Piala Itali menentang AC Milan dan gagal menyerlah ketika Juventus tewas 2-4 menerusi penentuan penalti kepada Napoli.

Tetapi pemain berusia 35 tahun itu tidak melakukan kesilapan dalam aksi pertama liga Juventus sejak menewaskan Inter Milan 2-0 di Turin pada 8 Mac lalu.

Dia menyempurnakan penalti selepas Matthijs de Ligt dikasari pada minit ke-23 untuk jaringan ke-26nya dalam semua kejohanan musim ini.

Dybala menjaringkan gol kedua menerusi rembatan lencung pada minit ke-36 membolehkan Juventus yang memburu gelaran Scudetto kesembilan berturut-turut kini empat mata di hadapan Lazio di tangga kedua.

"Kami perlukan keyakinan dan kemenangan ini membantu kami," kata Dybala.

"Tidak mudah cemerlang ketika ini, kami tidak beraksi untuk tempoh masa lama. Jika kami menang Piala Itali setiap orang memuji kami kerana dari segi tahap taktikal prestasi kami bagus. Malah jika kami tak cemerlang pun kami hanya tewas penalti.

"Hari ini kami beraksi dengan baik walaupun agak kendur selepas mendahului 2-0."

Lazio pula berkunjung ke Atalanta di Bergamo yang menduduki tangga keempat awal pagi Khamis manakala Inter Milan di tangga ketiga yang sembilan mata di belakang Juventus menjadi tuan rumah kepada Sassuolo.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP