WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

'CARI TEKSI BALIK KE MANCHESTER'

Legenda Manchester United, Roy Keane berkata penjaga gol David De Gea sepatutnya dipecat kerana gagal menyelamatkan gol pembukaan Steven Bergwijn


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Legenda Manchester United, Roy Keane berkata penjaga gol David De Gea sepatutnya dipecat kerana gagal menyelamatkan gol pembukaan Steven Bergwijn.

Pemain sayap Tottenham itu mengatasi pertahanan United sebelum meledak jaringan.

Namun De Gea mungkin merasakan dia perlu lebih baik apabila jelas bola disepak terus kepadanya ketika Bergwijn mudah melepasi kawalan Harry Maguire.

Dan bekas kapten United itu sekali lagi membidas pemain itu.

Bekas pemain berusia 48 tahun itu berkata: "Ia kesilapan pertahanan yang besar - tiga pemain terbabit dan De Gea juga tidak boleh buat lebih baik.

"Saya terkejut dengan gol itu. Saya sudah lihat banyak aksi bola sepak dan memberikan gol seperti itu membuatkan saya marah.

"Saya bengang dengan Maguire dan saya tidak tahan dengan penjaga gol ini.

"Saya pasti akan bergaduh dengannya selepas babak pertama, saya akan menumbuknya.

"Maguire dan De Gea, saya tidak akan membiarkan mereka berada dalam bas pasukan selepas perlawanan. Cari teksi balik ke Manchester.

"Mereka adalah pemain antarabangsa ternama. Buat kerja anda. Kita bukan akan menang liga, hanya mahu ke kedudukan empat teratas! Mengejutkan. Saya kecewa."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP