WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KOMPLEKS SUKAN REKREASI DI SARAWAK DIBUKA DUA HARI LAGI

Sebahagian daripada aktiviti sukan yang dibenarkan hanya dihadkan kepada atlet negeri Sarawak untuk tujuan latihan


Back To Sports Updates

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk membuka semula kemudahan kompleks sukan rekreasi di negeri ini bermula 17 Jun 2020.

Keputusan pembukaan semula dicapai kerajaan negeri setelah diperhalusi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Malah keputusan dibuat berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dikemukakan telah dipersetujui.

Keputusan berkenaan diumumkan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Kuching pada Isnin.

Bagaimanapun sebahagian daripada aktiviti sukan yang dibenarkan hanya dihadkan kepada atlet negeri Sarawak untuk tujuan latihan.

“Ada fasiliti yang hanya dibuka untuk persiapan atlet negeri ini ke Sukan Malaysia (SUKMA) dan ada fasiliti dibuka kepada orang awam namun fasiliti seperti kolam renang masih tidak dibenarkan.

“Bagaimanapun saya mahu kompleks sukan dibuka untuk mereka (atlet Sarawak) dibuka kerana mereka memerlukan pusat latihan strategik dan dikhususkan bagi tujuan ini dan bayangkan sekiranya kolam renang ditutup sehingga Ogos atau September, pasti sukar untuk kita meraih pingat,” katanya.

Menerusi sidang media tersebut, tujuh kategori sukan dibenarkan antaranya sukan air, sukan individu, sukan berpasukan, sukan tempur/kombat, sukan permotoran, sukan ekstrem/sukan udara dan sukan riadah.

Bagaimanapun terdapat larangan bagi ketujuh-tujuh kategori sukan ini.

Ini termasuk aktiviti sukan/rekreasi yang dilakukan di kolam renang kecuali atlet renang dan terjun elit Sarawak, aktiviti sukan/rekreasi yang bersentuhan fizikal (anggota badan), aktiviti perlawanan atau permainan bagi sukan berpasukan dan sukan tempur/kombat dan penganjuran kejohanan/pertandingan melibatkan selain dari pemain seperti pegawai teknikal, penyokong dan penonton.

Sumber: AWANI
oleh Rudi Affendi Khalik
Foto: BERNAMA