• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

PENYERANG CHELSEA DITAHAN ATAS DAKWAAN ROGOL

Penyerang Chelsea, Callum Hudson-Odoi ditahan atas dakwaan rogol setelah dilaporkan bertengkar dengan seorang wanita


Back To Sports Updates

LONDON: Penyerang Chelsea, Callum Hudson-Odoi ditahan atas dakwaan rogol setelah dilaporkan bertengkar dengan seorang wanita di rumahnya di sini.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Ahad.

Hudson-Odoi dibebaskan dari tahanan dan diikat jamin dengan syarat dia mesti kembali ke balai polis pada pertengahan bulan Jun ketika siasatan dijalankan.

Sementara itu, wanita yang mendakwa menjadi mangsa kejadian kini dirawat di hospital.

Kelab bola sepak Chelsea enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian.

Hudson-Odoi baharu sahaja menyambung kontrak lima tahun bersama The Blues.

Dia adalah pemain Liga Perdana Inggeris pertama yang disahkan positif koronavirus.

Sumber: AWANI