• LISTEN NOW ON AIR

    03/29/24 - 03/29/24

WHAT'S NEXT

03/29/24 - 03/29/24

HUDSON-ODOI DITAHAN POLIS

Penyerang England Callum Hudson-Odoi ditahan pihak berkuasa semalam kerana melanggar arahan berkurung pada jam 4 pagi


Back To Sports Updates

LONDON: Penyerang England Callum Hudson-Odoi ditahan pihak berkuasa semalam kerana melanggar arahan berkurung pada jam 4 pagi bersama seorang model.

Pihak berkuasa berkejar ke rumah bintang Chelsea berusia 19 tahun itu selepas seorang wanita menelefon polis dan ambulans.

Hudson-Odoi, yang sebelum ini positif COVID-19, mengenali wanita itu di media sosial Sabtu lalu dan menjemputnya ke rumah.

Kedua-duanya dikatakan bertukar-tukar mesej dan merancang untuk berseronok di rumah pemain itu.

Hudson-Odoi, positif COVID-19 pada Mac lalu, dikatakan menghantar pemandu untuk menjemput wanita itu.

Salah seorang jiran Hudson-Odoi berkata wanita itu tiba di bangunan berkenaan pada hari Sabtu jam 8 malam.

"Kawasan spa di atas bumbung diletakkan pita polis tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku," katanya.

Paramedik tiba bersama anggota polis yang menangkap pemain bola itu. Model itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Police dan Perkhidmatan Ambulans London dihubungi pada jam 3.53 pagi Ahad 17 Mei berkenaan laporan seorang wanita rasa tidak sihat," kata Polis Metropolitan.

Menurut mereka, wanita itu dibawa ke hospital dan seorang lelaki, yang ditahan di tempat kejadian, berada dalam tahan polis.

Sumber: Berita Harian