WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

KLOPP PILIH MESSI ATAU RONALDO?

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp mempunyai pendapat tersendiri berkenaan siapa lebih hebat antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo


Back To Sports Updates

LONDON: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp mempunyai pendapat tersendiri berkenaan siapa lebih hebat antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Bintang Barcelona Messi dan Ronaldo dari Juventus dianggap dua pemain terbaik pernah hadir dalam dunia bola sepak - selain legenda-legenda terdahulu seperti Pele, Johan Cruyff dan Diego Maradona.

Kedua-dua pemain ini menikmati persaingan sengit di La Liga ketika Ronaldo menyarung jersi Real Madrid dan mereka memenangi 11 daripada 12 anugerah Ballon d'Or terkini - dengan Messi melebih satu gelaran.

Klopp turut terjebak dalam perdebatan siapa lebih hebat antara mereka dan pengendali dari Jerman itu memberikan pendapatnya.

"Bagi saya Messi, tetapi saya turut mengagumi Ronaldo. Ini penjelasan saya.

"Kami sudah bermain menentang kedua-duanya dan mereka amat sukar untuk dikekang.

"Tetapi Messi mempunyai kekurangan fizikal. Jika anda membayangkan seorang pemain sempurna, tingginya seperti Ronaldo, melompat tinggi dan pantas seperti Ronaldo.

"Sikap Ronaldo juga sempurna dan profesional, tidak ada yang lebih baik daripada itu.

"Sebaliknya Messi yang bertubuh kecil menjadikan semuanya nampak mudah.

"Oleh itu saya memilih Messi sebagai pemain terbaik di atas padang. Cuma kehadiran Ronaldo tidak dapat dinafikan," kata Klopp.

Sumber: Berita Harian