WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

JUVENTUS 'PANCING' ZIDANE

Juventus dilaporkan kembali menghubungi Zinedine Zidane untuk cuba memujuk dia meninggalkan Real Madrid


Back To Sports Updates

LONDON: Juventus dilaporkan kembali menghubungi Zinedine Zidane untuk cuba memujuk dia meninggalkan Real Madrid dan menyertai kelab gergasi Itali itu musim depan.

Menurut portal berita sukan Perancis, le10sport, Juventus sudah pun mengemukakan tawaran awal kepada Zidane dengan mereka mahu memanfaatkan hubungan dingin jurulatih itu dengan Prsesiden Real, Florentino Perez bagi membawanya masuk ke Turin.

Jurulatih berusia 47 tahun itu masih mempunyai baki kontrak di Santiago Bernabue sehingga Jun 2022 tetapi timbul spekulasi yang dia tidak 'sebulu' dengan pengurusan kelab mengenai perancangan masa depan kelab berkenaan.

Real difahamkan sudah menyenaraikan beberapa calon bagi menggantikan tempat Zidane termasuk bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino.

Juventus dilaporkan sedia untuk menawarkan kontrak lumayan berjumlah 7 juta pound (RM38 juta) kepada bekas bintang mereka itu bagi menggantikan tempat Maurizio Sarri.

Presiden Juventus, Andrea Agnelli dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Zidane yang beraksi bersama Old Lady selama lima musim sejak 1996.

Sumber: Berita Harian