WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MESSI TETAP KEBAL

Messi menjadi antara tiga pemain yang didakwa tidak akan dijual Barcelona yang dilanda masalah kewangan akibat COVID-19


Back To Sports Updates

BARCELONA: Barcelona dijangka akan membuat jualan pemain musim panas ini - dengan hanya tiga pemain akan selamat daripada langkah itu.

Pendahulu La Liga itu menjadi mangsa sebahagian krisis disebabkan perubahan pengurusan dan pandemik COVID-19.

Gergasi Catalan dijangka akan mengalami masalah kewangan untuk beberapa bulan akan datang dan ESPN mendakwa hanya tonggak pasukan, Lionel Messi; penjaga gol Marc-Andre ter Stegen dan Frenkie de Jong tidak akan dijual.

Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu percaya pandemik berkenaan boleh menyaksikan wujudnya perjanjian pertukaran pemain.

"Tidak ada wang yang banyak untuk pasaran perpindahan pemain kerana pandemik ini," katanya. "Tapi saya jangkakan kami akan melihat banyak perjanjian pertukaran pemain."

Barcelona sudah bersetuju dengan perjanjian untuk penyerang Braga, Francisco Trincao yang bernilai €30 juta euro (RM142 juta) dan pemain tengah Las Palmas, Pedri bernilai €5 juta euro (RM23.7 juta).

Namun minggu lalu, enam pengarah meletak jawatan kerana protes terhadap cara kelab itu ditadbir.

Pengarah yang meletak jawatan itu mengkritik cara kelab menguruskan skandal media sosial dan menyatakan keraguan mengenai implikasi disebabkan COVID-19 yang membawa kepada potongan 70 peratus gaji pemain.

Sumber: Berita Harian