WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

GP MALAYSIA MUNGKIN DIBATALKAN - RAZLAN

SIC terpaksa meneroka kemungkinan bahawa GP Malaysia walaupun hanya akan berlangsung November depan terpaksa dibatalkan


Back To Sports Updates

 

KUALA LUMPUR: "Nak positif pun payah". Itu rintihan Prinsipal Petronas Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali, mengenai saingan MotoGP Malaysia, 1 November depan yang berdepan kemungkinan dibatalkan akibat penularan pandemik COVID-19.

Sebelum ini, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menghadapi cabaran getir di sebalik pengekalan jadual Grand Prix (GP) Malaysia, 1 November depan, apabila perlu menarik jutaan peminat sukan dua roda itu membeli tiket tatkala dunia masih lagi diselebungi pandemik COVID-19.Bagaimanapun, melihat perkembangan terkini COVID-19, SIC terpaksa meneroka kemungkinan bahawa GP Malaysia walaupun hanya akan berlangsung November depan terpaksa dibatalkan.

"Kami sedang meneliti semua kemungkinan daripada segi pembatalan saingan ini berikutan masalah pandemik COVID-19 ini masih lagi sukar untuk dijangka bila ia akan berakhir," kata Razlan.

Sementara itu, Razlan percaya Bekas Ketua Perikatan Strategik Jabatan Penjenamaan Petronas, Azhan Shafriman Hanif, yang kini mengganti tempatnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (SIC) mampu meneraju badan induk itu ke tahap yang lebih tinggi.

Sumber: AWANI