WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

REAL POTONG GAJI PEMAIN

Pemain Real Madrid bersetuju untuk menerima pemotongan gaji sehingga 20 peratus


Back To Sports Updates

MADRID: Pemain Real Madrid bersetuju untuk menerima pemotongan gaji sehingga 20 peratus ketika saingan La Liga masih ditangguhkan susulan pandemik COVID-19.

Real dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, berkata pemain dan jurulatih pasukan bola sepak serta bola keranjang termasuk pengarah secara sukarela menerima pemotongan gaji sebanyak 10 atau 20 peratus.

Katanya, jumlah pemotongan bergantung kepada situasi semasa yang mampu memberi kesan terhadap saingan musim 2019/2020.

Real tidak memaklumkan situasi bagaimana yang akan memberi kesan terhadap pemotongan gaji tetapi media di Sepanyol melaporkan pemain akan menerima pengurangan 10 peratus daripada gaji mereka jika saingan dapat diteruskan dan pengurangan 20 peratus jika kempen musim ini ditamatkan.

Pemotongan gaji itu dijangka memberi penjimatan sebanyak 28 juta euro hingga 56 juta euro (RM132 juta hingga RM264 juta) daripada jumlah gaji yang perlu dibayar Real.

Sumber: Berita Harian