WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

COVID-19: PEMAIN EPL KUMPUL DANA

Pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan satu inisiatif bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS)


Back To Sports Updates

LONDON: Pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan satu inisiatif bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS) susulan pandemik COVID-19.

Idea itu yang dinamakan #PlayerTogether ditubuhkan bagi membantu petugas barisan hadapan NHS memerangi wabak berkenaan.

"Ini adalah mengenai kami sebagai pemain, bekerjasama dengan mewujudkan satu inisiatif secara sukarela tanpa ada kena mengena dengan saingan liga dan perbincangan membabitkan kelab," kata kenyataan dikeluarkan kumpulan pemain itu.

"Ia bagi membantu bersama dengan semua pihak lain di negara ini bagi mengubah situasi yang sedang melanda ketika ini."

Pemain seperti kapten Liverpool, Jordan Henderson, penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane dan pemain Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang antara yang berkongsi usaha itu dalam sosial media mereka.

Awal minggu ini, Liga Perdana mencadangkan agar pemain menerima pemotongan gaji sebanyak 30 peratus tetapi Persatuan Bola Sepak Profesional England (PFA) menegaskan langkah itu mampu memberi impak ke atas NHS kerana ia akan mengurangkan kadar potongan cukai.

Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock antara ahli politik yang menggesa pemain untuk menerima pemotongan gaji dan memainkan peranan mereka dalam situasi sukar ini.

Kelmarin, Pengerusi Persatuan Bola Sepak Inggeris, Greg Clarke menggesa pemain dan peminat untuk berkongsi beban bagi memastikan bola sepak dapat 'dihidupkan' semula.

Spurs menerima desakan daripada peminat untuk mengikut jejak langkah Liverpool yang membuat pusingan-U dan memohon maaf di atas perancangan awal mereka untuk memohon bantuan kerajaan di bawah skim pengekalan pekerjaan.

Sumber: Berita Harian