WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

COVID-19: EMPAT KELAB BUNDESLIGA SUMBANG RM96 JUTA

Musim bola sepak di Jerman ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga 30 April depan susulan penularan wabak COVID-19


Back To Sports Updates

Bayern Munich, Borussia Dortmund, RB Leipzig dan Bayer Leverkusen berikrar akan menyumbangkan EUR20 juta (RM96 juta) sebagai sokongan buat kelab Bundesliga dan 2.Bundesliga yang bergelut dengan kewangan akibat wabak koronavirus.

Musim bola sepak di Jerman ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga 30 April depan susulan penularan wabak COVID-19 yang telah menjangkiti hampir 40,000 penduduk di Jerman sekali gus muncul selaku negara ketiga tertinggi dalam Eropah.

Penangguhan kempen itu dilihat memberi kesan besar kepada kewangan beberapa kelab sehingga memaksa melakukan pemotongan gaji dan sebagainya.

Pemain kelab Bundesliga, Union Berlin, bersetuju untuk menerima potongan gaji bagi menggalakkan pertumbuhan pasukan tetapi langkah yang diambil empat wakil Jerman dalam Liga Juara-Juara Eropah itu dilihat mampu membantu banyak pasukan dalam dua liga tertinggi negara itu.

Kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh Liga Bolasepak Jerman (DFL) mengesahkan sumbangan sebanyak RM96 juta akan dilakukan oleh empat kelab dalam usaha membantu keuntungan media kebangsaan oleh DFL dalam musim akan datang.

Nilai sekitar EUR12.5 juta (RM60 juta) akan disumbangkan melalui sumber persendirian kelab.

"Kempen ini dilakukan sebagai tanda sokongan buat Bundesliga dan 2.Bundesliga. Presidium DFL berbesar hati dengan langkah empat kelab itu terhadap pasukan lain," kata jurucakap DFL, Christian Seifert.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern, Karl Heinz Rummenigge, menambah: "Bersama tiga lagi pasukan Liga Juara-Juara, kami mahu memberikan tanda sokongan buat semua kelab dalam Bundesliga dan 2.Bundesliga menerusi usaha ini.

"Dalam tempoh sukar ini, penting untuk mereka yang lebih mampu untuk menyokong kelompok yang lemah. Jadi, kami mahu buktikan bahawa bola sepak itu bersatu."

DFL akan membuat keputusan terperinci mengenai pengagihan sumbangan RM96 juta itu.

Sumber: AWANI