WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

MAN CITY, UNITED DERMA MAKANAN

Dua kelab bermusuhan, Manchester United dan Manchester City bergabung bantu komuniti di Manchester


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United dan Manchester City menyertai kelab Liga Perdana Inggeris lain dalam membantu komuniti sepanjang pandemik COVID-19, bergabung menyumbang 100,000 pound (RM516,178) untuk bank makanan tempatan.

Susulan kepada inisiatif yang dimulakan penyokong kedua-dua kelab, City dan United masing-masing akan menderma 50,000 pound (RM258,089) kepada Trussel Trust, rangkaian sokongan kepada lebih 1,200 bank makanan.

“Kami berbangga dengan peranan dimainkan penyokong-penyokong kami dalam membantu bank makanan tempatan dan mengenal pasti keperluan meningkat badan-badan kebajikan ini akibat impak coronavirus.

“Dalam situasi mencabar buat komuniti ketika ini, kami gembira dapat bekerjasama dengan penyokong-penyokong untuk membantu komuniti City United,” kata kedua-dua kelab itu dalam satu kenyataan bersama.

Sumbangan itu akan membantu bank-bank makanan mengimbangi kehilangan sumbangan daripada kelab-kelab yang biasanya disediakan pada hari perlawanan.

Bola sepak Inggeris ditangguhkan sehingga penghujung April sepanjang penularan pandemik ini.

Aston Villa mengagihkan 1,000 pek makanan tengahari, yang sepatutnya diberikan kepada kakitangan hari perlawanan menentang Chelsea tetapi ditangguhkan, kepada organisasi gelandangan dan badan kebajikan lain.

Newcastle United turut menyumbang 1,200 pai dan daging beku untuk bank makanan selepas penundaan perlawanan hujung minggu lalu.

Brighton and Hove Albion pula menghubungi penyokong-penyokong warga emas dalam pengasingan untuk menawarkan bantuan.

Chelsea tampil menawarkan kakitangan perubatan menggunakan hotel mereka di Stamford Bridge, manakala Burnley dan Everton membantu bank makanan dan penghantaran makanan kepada komuniti.

Kelab-kelab lain seperti Watford dan West Ham turut tidak ketinggalan memberi sumbangan kepada komuniti dengan barangan keperluan harian.

Sumber: Berita Harian