WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

CHELSEA IKAT JAMES 5 TAHUN

Chelsea memberikan pertahanan berusia 20 tahun, Reece James kontrak jangka panjang hingga 2025


Back To Sports Updates

LONDON: Chelsea memberikan pertahanan berusia 20 tahun, Reece James kontrak jangka panjang hingga 2025, kata kelab Liga Perdana itu dalam satu kenyataan hari ini.

James ialah seorang daripada pemain dibentuk sendiri kelab berkenaan yang berjaya pada musim pertama Frank Lampard mengetuai Stamford Bridge, mengambil kesempatan daripada penggantungan perpindahan pemain yang menghalang kelab membeli pemain baharu pada penutup musim.

Dia membuat 18 penampilan sejak kembali daripada pinjaman di kelab Kejuaraan, Wigan Athletic, menjaringkan gol pada penampilan pertama menentang Grimsby Town pada Piala Liga dan meledak ketika seri 4-4 berdepan Ajax Amsterdam dalam Liga Juara-Juara.

“Menjadi impian saya untuk berada di sini bersama Chelsea dan bermain setiap minggu dan memiliki kontrak untuk lima tahun setengah,” kata James dalam laman sesawang Chelsea.

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia berkata: “Reece menyesuaikan diri dalam pasukan dengan lancar dan pantas walaupun terlepas saingan awal dan ia jelas dilihat semua orang.

“Seorang lagi pemain menarik dihasilkan untuk masa depan kelab adalah daripada kerja hebat dilakukan Akademi kami, jabatan pinjaman kami, staf kejurulatihan dan sudah tentu pemain itu sendiri.”

Sumber: Berita Harian