WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

MALAYSIA GAGAL PENUHI SASARAN 70 EMAS DAN KEDUDUKAN EMPAT TERBAIK

Kontinjen Malaysia dengan penyertaan besar 773 atlet gagal mencapai sasaran 70 pingat emas dan kedudukan empat terbaik


Back To Sports Updates

MANILA: Kontinjen Malaysia dengan penyertaan besar 773 atlet gagal mencapai sasaran 70 pingat emas dan kedudukan empat terbaik keseluruhan pada temasya Sukan SEA ke-30 di Filipina.

Berbaki sehari sebelum temasya dwitahunan itu melabuhkan tirainya malam ini, kontinjen Malaysia mencapai kedudukan kelima carta pungutan pingat dengan mengumpul 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa, ketinggalan 170 peratus pungutan emas oleh juara keseluruhan Filipina.

Filipina muncul juara keseluruhan buat kali kedua selepas edisi 2005.

Filipina mengumpul 149 pingat emas, 117 perak dan 119 gangsa diikuti kebangkitan kuasa besar baharu serantau, Vietnam dengan 96 emas, 85 perak dan 104 gangsa (96-85-104).

Vietnam muncul sebagai kontinjen yang perlu diberi perhatian apabila merangkul ibu segala pingat buat pertama kali selepas lima final dengan menewaskan Indonesia 3-0 pada final bola sepak serta muncul juara keseluruhan acara olahraga dengan menggondol 16 daripada 49 emas dalam sukan itu.

Thailand pula menghuni tangga ketiga dengan catatan 92-102-122 diikuti Indonesia 72-83-111 di tempat keempat.

Skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita menjadi menyumbang emas penutup kontinjen Malaysia apabila mengalahkan masing-masing mengalahkanThailand 3-1.

Pada aksi hari terakhir kontinjen Malaysia, skuad olahraga menghadiahkan dua emas, masing-masing menerusi Muhammad Hakimi Ismail dan Muhammad Irfan Shamsuddin dalam acara lompat kijang dan lempar cakera lelaki.

Muhammad Hakimi menepati ramalan selaku jaguh nombor satu lompat kijang Asia Tenggara setelah mencatat emas hatrik sejak edisi 2015 di Singapura menerusi catatan 16.68 meter, manakala Muhammad Irfan pula mengekalkan emas yang dimenangi sejak edisi 2013 di Myanmar setelah melakar balingan sejauh 57.29 meter.

Kontinjen Malaysia diwakili seramai 773 atlet dan 339 pegawai menyertai 52 daripada 56 acara di tiga kluster, iaitu Manila, Clark dan Subic.

Sukan SEA 2019 selama 11 hari itu akan melabuhkan tirai dengan upacara penutupan rasmi di Stadium Olahraga New Clark City yang dijangka akan disempurnakan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Vietnam bakal menjadi hos Sukan SEA pada 2021.

Sumber: BERNAMA