WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PEMAIN MUDA UNITED RANGSANG OTAK SAYA - SOLSKJAER

Ole Gunnar Solskjaer (dua dari kanan) bersama pemainnya sejurus tamat perlawanan menentang Astana pada perlawanan Liga Europa, pagi tadi


Back To Sports Updates

ASTANA: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui kekurangan pengalaman pemain mudanya menyumbang kekalahan 1-2 di tangan Astana dalam saingan Liga Europa, pagi tadi.

Namun, Solskjaer tetap optimis dengan masa depan pemain muda United itu sambil mengakui beberapa pemain yang dipilihnya sudah merangsang otaknya.

Skuad itu diketuai Jesse Lingard dengan tiga muka baharu dan bermula cemerlang dengan mendahului tuan rumah 1-0 di babak pertama hasil sentuhan Lingard pada minit ke-10.

Bagaimanapun Dmitriy Shomko menyamakan kedudukan selepas kesilapan muka baru United, Tahith Chong manakala Di'Shon Bernard pula menjaringkan gol sendiri sekali gus memberikan anak buah Roman Grygorchuk mata penuh.

"Prestasi mereka sangat baik. Pada satu ketika, kami bermain cemerlang tapi kami membenarkan mereka bangkit. Itu membawa kami berdepan kehampaan,” katanya.

"Pemain muda ini mempelajari banyak perkara dan memberi saya gambaran untuk difikirkan. Saya puas hati dengan mereka, ” katanya kepada MUTV.

Dalam saingan itu, Solskjaer turut menyenaraikan D'Mani Bughail-Mellor, Ethan Galbraith dan Largie Ramazani.

"Dalam tempoh 10 minit babak kedua, kamu boleh lihat peningkatan permainan mereka. Itulah perkara penting yang perlu dipelajari pemain muda ini.

"Mungkin mereka bergelut dua minit kemudian untuk kembali menyusun gerakan. Tapi mereka ada peluang dan itu sangat cemerlang pada penampilan pertama mereka.

"Kamu perlu mengerah mereka ke padang barulah tahu bagaimana persembahan sebenar mereka. Penampilan pertama buat Di'Shon, Ethan Laird dan Dylan Levitt juga cemerlang.”

Bagaimanapun bos di Old Trafford itu bersimpati dengan pertahanan tengah, Bernard yang berusia 19 tahun apabila dia tertampan gol sendiri pagi tadi.

Sumber: Berita Harian