WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BAYERN MUNICH PECAT KOVAC

Bayern Munich memecat pengendalinya Niko Kovac, sehari selepas juara Jerman itu tewas 5-1 di tangan Eintracht Frankfurt


Back To Sports Updates

BERLIN: Bayern Munich memecat pengendalinya Niko Kovac, sehari selepas juara Jerman itu tewas 5-1 di tangan Eintracht Frankfurt – kekalahan terbesar mereka dalam saingan Bundesliga sejak sedekad lalu.

“FC Bayern Munich melepaskan ketua jurulatih Niko Kovac daripada tugasannya,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Keputusan bersama ini diambil beikutan perbincangan dengan presiden kelab Uli Hoeness, pengerusi Karl-Heinz Rummenigge, pengarah sukan Hasan Salihamidzic dan Kovac sendiri.

“Prestasi pasukan dalam beberapa minggu ini dan keputusan perlawanan memaksa kami mengambil tindakan,” kata Rummenigge.

“Kami semua kesal dengan perkembangan ini. Bagi pihak kelab saya ingin ucapkan terima kasih kepada Niko Kovac di atas usahanya, terutama kemenangan berganda musim lalu.”

Penolong jurulatih Hansi Flick akan mengambil alih pasukan buat sementara waktu.

“Saya rasa ia keputusan yang tepat,” kata Kovac. “Terima kasih kepada FC Bayern untuk tempoh 18 bulan ini. Sepanjang tempoh itu kami memenangi Bundesliga, Piala Jerman dan Piala Super.

“Ia saat yang indah. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada kelab dan pasukan.”

Bayern akan mengharungi aksi Liga Juara-Juara menentang Olympiakos pada Rabu sebelum berdepan seteru terbesar Bundesliga, Borussia Dortmund pada Sabtu.

Sumber: Berita Harian