WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ELLIOTT CURI TUMPUAN DI LIVERPOOL

Harvey Elliott kini menjadi antara pemain termuda beraksi dalam perlawanan kompetitif untuk Liverpool


Back To Sports Updates

MILTON KEYNES, United Kingdom: Harvey Elliott kini menjadi antara pemain termuda beraksi dalam perlawanan kompetitif untuk Liverpool selaku sayap ketika pasukan itu menewaskan Milton Keynes Dons 2-0 dalam saingan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris iaitu pada usia 16 tahun dan 174 hari.

Elliott adalah pemain kedua termuda dalam sejarah Liverpool selepas Jerome Sinclair ketika berusia 16 tahun dan enam hari dipilih sebagai pemain gantian menentang West Bromwich Albion pada September 2012.

Pemain berkenaan membuktikan usia bukan penghalang apabila hampir mencipta gol selepas dua percubaannya terkena palang.

“Baru berusia 16 tahun dengan gaya permainan bolasepak seperti ini, ia bagus untuk kami,” kata bos Liverpool, Jurgen Klopp selepas gol James Milner dan Ki-Jana Hoever membantu pasukan itu mara ke pusingan 16 terakhir menentang Arsenal.

“Dia adalah budak bijak, mengendalikan situasi dengan baik, mahu belajar dan dia akan menjadi pemain istimewa dalam masa ini. Tetapi secara keseluruhan corak permainannya adalah bagus. Dia tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol, dia adalah pemain yang baik tetapi semua pemain adalah baik.

“Kami tidak memiliki pemain muda yang kurang baik. Dan sebab itu penting untuk kami memberikan mereka perlawanan dan cuba untuk teruskan seperti ini.”

Memecahkan rekod bukan suatu perkara baharu buat Elliott, yang menjadi pemain termuda beraksi dalam Piala Liga Inggeris apabila tampil bersama Fulham dalam pusingan ketiga menentang Millwall musim lalu ketika berusia 15 tahun dan 174 hari.

Elliott tidak menunggu lama untuk meletakkan namanya di dalam buku rekod Liverpool selepas perpindahannya ke pasukan pemenang Liga Juara-Juara berkenaan.

Sumber: Berita Harian