![]() |
Khabar angin yang mengatakan bahawa Katy Perry ingin berehat dari dunia muzik ternyata benar apabila penyanyi berumur 27 tahun itu sendiri menyatakan bahawa beliau terpaksa ‘mengambil masa demi mengubati hatinya yang luka’.
Perceraiannya dengan pelawak terkenal Russell Brand yang telah difailkan pada 30 Disember 2011 telah mengakibatkan penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi buat sementara waktu selepas pelancaran filem “Katy Perry: Part of Me”.
Menurutnya lagi, beliau tidak menyesal memasukkan klip video dalam filem tersebut yang menunjukkan dirinya menangisi perceraian yang berlaku kerana ingin para penonton mengetahui perkara yang benar.
“Kebenaran itu penting. Memang tak elok buka aib sendiri dan semua masalah harus dihadapi dengan matang, tetapi saya tak boleh nak sorokkan perkara yang sebenar, ” jelasnya.
Disoal tentang rancangannya sepanjang berehat, penyanyi lagu hit “Firework” menjawab bahawa beliau ingin terbang bercuti di negara lain, sebuah impian yang dihajati sejak kecil lagi. - sumber dari TUPAI








