Dafi teruja bantu bapa berkempen untuk PRU 13

Back to News

Bahang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) semakin dapat dirasai dengan kini masa untuk ahli-ahli politik berkempen bagi memastikan parti masing-masing mencapai kemenangan, dan bagi penyanyi dan pelakon, Dafi turut tidak ketinggalan dalam dalam berkempen pada PRU kali ini.

Menurut Dafi, dia selalu turun padang bagi membantu bapanya yang merupakan menteri Perdagangan Dalam Negeri: Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaacob berkempen di kawasan Parlimen Bera.

Walaupun berasa penat, namun Dafi atau nama penuhnya Gadaffi Ismail Sabri menyatakan dia seronok dan teruja apabila dapat merasai pengalaman berpolitik.

"Dafi teruja dapat membantu ayah Dafi berkempen pada kali ini. kadangkala tu ada juga Dafi bernyanyi di pentas ceramah, itu pun kalau ada permintaan dari orang sekeliling dan itu salah satu cara Dafi membantu mereka. Penat tu memang penat, tapi ianya seronok," katanya ketika ditemui pada pelancaran drama "Cornetto Uda & Dara" di Restoran The Bee, Publika.

Ditanya adakah dia akan mengikut jejak langkah bapanya untuk mencebur diri dalam politik, Dafi berkata, buat masa sekarang ini masih belum berminat lagi untuk mencebur dalam bidang politik.

"Bukan hendak kata tidak berminat langsung tentang mengikut jejak langkah bapa sebagai ahli politik. Tapi minat untuk menceburi bidang politik secara seriusnya rasanya masih belum ada lagi. Mungkin tidak sekarang tapi masa akan datang kita pun tak tahu."

Dalam perkembangan lain, Dafi bakal muncul dengan siri drama baru terbitan terbitan Wall's Cornetto (Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd) "Cornetto Uda & Dara" yang bakal disiarkan bermula 1 Mei ini di saluran Astro Ria (104). - sumber dari TUPAI

Cobaan (ost.abang Long Fadil) Zizan Razak

What's On Now

What's Hot

Get connected with Cats FM

I would love to receive more updates from Cats FM!