Cermin lancarkan album mini sulung pada 4 Feb
![]() |
Kumpulan rock indie yang berpangkalan di Kuching iaitu Cermin akan melancarkan album mini sulung pada bulan depan.
Cermin sebenarnya adalah kumpulan hard rock yang ditubuhkan pada tahun 2004 yang dianggotai oleh Saymie (Vokal), Bojeng (Gitar), Asoul (Bass) dan Bob (Dram).
Selepas Asoul meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2005, tempat beliau digantikan oleh Amin (gitaris bersama) dan Asgar (Bass). Kumpulan itu memulakan kerjaya seni mereka dengan membuat persembahan beberapa gig di Kuching dan juga turut menyertai pelbagai pertandingan muzik termasuk Rentak Juara 2006.
Menyedari bakat dan kesediaan mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada muzik, kumpulan itu memutuskan untuk menulis lagu mereka sendiri. Cermin telah kekal aktif selama tiga tahun walaupun adanya konflik dalaman dan perubahan trend muzik. Mereka berpecah pada 2007.
![]() |
Cermin bersatu semula pada tahun 2011. Kumpulan itu kini menampilkan tiga penyanyi jemputan (Mimi Asyraf, Mal Imran dan Yadee Romani) dan merakamkan tiga lagu yang berjudul 'Bintang', 'Cinta Putih' dan 'Rasmania Cinta'. Kumpulan itu melancarkan album mini sulung dengan menggunakan nama sendiri sebagai judul pada Januari 2012.
Dengan 'line-up' semasa yang lebih stabil, kumpulan itu berharap yang mereka akan dapat memeriahkan lagi scene muzik dan dikenali sebagai profesional muzik dengan lebih baik pada kali ini.
Gig pelancaran akan diadakan di Curve Bar, Kuching pada Sabtu, 4 Februari 2012, jam 8.30 malam. Album mini/demo itu boleh didapati di majlis pelancaran it dengan harga hanya pada RM10.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Max Kueh di talian 010-960 0609 / 010-978 0978 atau email di seventainment@gmail.com. - sumber dari Utusan Borneo
















